Tuesday, November 1, 2011

Dah lama tak membebel,merepek,mengarut.=)

Rindu sangat dgn belog ni...muuuahh muahhh *ala2 gewdik xmnjadi!
Maklum lah,dah jd bb girl katakan sibuk ber-BBM sampai pokai xde duit asyik topup-topup sbb nk BIS nih.apa korg taw.Haha


Bukan apa,orang baru nk bekerjaya la kan,ermm keje part time a.k.a menjahit manik atau nk bunyi mcm high class skit "beading" kua3!Alhamdulillah cuti semester kali nih rezeki berlimpah-limpah.1st time dpt tempahan 9 pasang baju OKEY.Ye la,bisnes kecik2 9 psg pun dah mcm 1lori.Ni belum lagi campur,tolak,darab,bahagi dgn baju keluarga & sedara.


Untungglaaa bila publish bisnes dlm FB,menjaddiii! =) kali ni majoriti customer dr FB,bukan nk bangga diri tp ada 2 customer dr KL siap nk pos baju wahh yakin bonaa dgn jahitan aku.Alhamdulillah.


Bila fikir-fikir "kan best kalau boleh bukak butik sendiri".Masa kecik2 dlu time suka berkhayal pernah la khayal nak ada butik sbb kononnya siapa yang ada butik ni biasanya dia lawa,kaya,cantik mcm artis.HAHA kelakar masa kecik terpikir mengarut jew.Tak pernah terfikir pulak,dah besar ni aku ada kemahiran menjahit manik.Tapiiii......semua tu xboleh dicapai =( .Kenapa?Syazza still seorang pelajar yang menuntut di Uitm,dan ni impian sebenar aku nk berjaya,boleh masuk U,boleh bangga kan family.


So kena ketepikan dulu hal bisnes ni.Hal ni boleh pikir bila cuti sem.Otak dah berbunga2 sal bisnes.Lagi pun,pengaruh family yang kuat trhadap bisnes buatkan aku lagi tertarik.Abang2 berjaya dgn bisnes masing-masing & sis-law pun dah gila2 ngn bisnes masing2 siap ada produk sendiri.Wahh bangga kot,berbisnes bukan bwh org tapi kita sebagai bos.*thumbs up.


Abang selalu ckp benda ni taw "Sunnah Nabi,9/10 % rezeki dtgnya dari perniagaan"(eh betul tak?maaf kalau salah).


Sekarang ni,1 jew yang aku fokus,(capai dulu cita-cita nk grad Dip & Deg)kdg2 ada terpikir nk Master.Haha kelakar,mcm xboleh jew sampai tahap tu =(.Biasa la klu dah nama perempuan,usia yg menjadi keutamaan.Aku pulak pikir apa taw,hbs jew deg nk kawin.HAHA 
dah besar ni & boleh berfikir dgn lagi maturednya,lps Deg kena kerja dulu,ada kerjaya then nk kawen ke nk anak ke,boleh la.Then next plan,have my own boutique.Yeayyy!!Tapi boleh ke kalau kerja pastu nk buat bisnes jugak?Haihh -_- 




Hari-hari rasa mcm "ahh cpt la hbs Dip,tapi xnk hadapi subjek2 killers..arggghhhh".Membuatkan masalah makin besarrr x lama lagi,SEM dpn aku ada LAW!! nk aku ulang?? LAW okey LAW.
Nak menghafal nih,xde masalah mmg zaman skolah aku suka mengahafal tp nk buat tu 'MALAS" & risau,boleh kew aku nk hafal?Senior2 pulak asyik ckp.."goodluck erk LAW" Hadoii..


Part2 bukak buku Marketing,mesti nangis..Seksanya nk baca MKT.Part3 bukak jew Finance,rasa "alamak,soalan ni nk buat macam mana?..ermm,better buat Statistic =)" then nk dekat Final,kelam kabut dibuatnya,minta tlg dgn senior2.Berguru lah dgn senior for Finance.


Nak bagi tahu 1 jew.Final lepas sumpah soalan mmg killer betul.Bila kat luar dewan,rasa yakin gila,masuk & tgk soalan,otak terus jadi kosong.Tuhan jew tahu keadaan aku.Keluar dewan hanya dapat tawakal.


Result 2hr jew lagi..P/s:tlg jgn bertanya-tanya,sumpah xyakin dgn final hari tu.frust xpayah ckp la kan.


Nak kurusssssss!!!!!

Tadaaaa THE TWIN.Makin besar  gemuk f.y.i:twin ni baru umur 1thn lebih-lebih

The youngest  & cutie one.

Wednesday, October 26, 2011

Kerja part-time cuti semester. :p

Cuti semester ni alhamdulillah rezeki makin baik =)
Cuti kali ni,dapat tempahan 7 pasang baju..wowww!!

ala-ala crumble pearl tp yang ni Syazza design crumble susun 


ini jahitan labuci combination 2 warna.



Dress Lace with pearl

Dah lama xupdate rasa pelik nk taip-menaip ni.
Terlampau sibuk dengan manik-manik & lepakkkss,xde masa nk update blog ni.-_-


i"ll show you all my 1st done with lace.
Alhamdulillah kali pertama try jahit lace ni,akhirnya berpuas hati walaupun lace ni berharga rm200++ huhh,bankrup 







Tuesday, October 11, 2011

ALL I WANT IS

i finally got what i want...<3


guess what???
i just got Blackberry Curve 4 (9360) not triton!
with my own money that i collect for several month..:)


Latest BB same goes with BB Bold4..



Tengok..plastik pun xbuka lagi.Hee
keypad lagi comfort dari bold..


Nipis...tipis..fipis..hahaha


Camera 5mp with flash..
nak tahu function lebih detail,sila google..:)


Friday, October 7, 2011

7 OCTOBER 2011

 HAPPY  21st BITHDAY 

Muhammad Akmal 


I wish you all the best in your life.
May ALLAH bless you.
Be a good son. 
Wish you success in your carrier.
Hope this 21st Birthday is the most memorable day for you.
A boundary of thanks be my good partner,good listener to my bored story,good friend that always support me & be a special one to me.
I am so sorry i can't celebrate your birthday ;'(
i wish i could.
IMY

p/s:read this with the flow of music =)

Finally FINAL is done!

Alhamdulillah =)


Final for semester 3 is done.Alhamdulillah selama beberapa minggu bersengkang mata,ber-sakit kepala,ber-muntah,ber-sakit perut & banyak lagi ber-... akhirnya semua paper final sudah habis di perangi syaza.


1.BEL (english)


2.Macroeconomics


3.CTU (islamic paper)


4.Statistic


5.Finance


Semester ni,semua subject calculation..huhh..


Ada la sesetengah paper yang syaza nangis..why???heeee (i'm done with full of my effort) tapi soalan macam tak sangka boleh keluar berbelit-belit.Ingat Syaza sorang jew yg dibelit soalan,tapi majoriti.


Tawakkall je la..


Dah buat yang terbaik & hanya mampu Berdoa.



TEMPAHAN MANIK (October-November 2011)

TEMPAHAN MANIK 

SYAZZA'S BEADS


Menerima tempahan manik dalam tempoh (october-november 2011 sahaja) area Kelantan (KB).
Jahitan manik terkini 2011.

Lokasi:Jalan bayam,Kota Bharu Kelantan / inbox dlm FB SYAZZA SAHIRA

Jahitan manik:
1.Manik kristal
2.Crumble beads
3.Manik Butterfly
4.Manik & lace 2011
5.Lain-lain

Bayaran:
1.Jenis manik
2.Jenis kain (senang utk jahitan manik/complicated)
3.Tempoh masa untuk siapkan manik.

Untuk information lebih detail,boleh e-mail syazza_92@yahoo.com


Manik crumble & lace

Baju biru lace pink & diamond swarzoki

Butterfly Beads




Wednesday, September 28, 2011

SAD THINGS TO SHARE

My Dear Readers,

I'm so sorry that i'm really busy with FINAL..the most important examination.Wish you all pray for me =) & i'll pray for you too..=)
I hope all of you will always waiting for my next entry.I have a boundary of story & today i have most sad story ever that make me can't control my tears :'( .

Walaupun korang semua follow belog-belog lain,tapi jangan lupakan daku.hehe.i'll update soon..

Nak tahu apa yang menyebabkan Syaza crying at crowded or tmpat awam tanpa dapat mengawal diri & perasaan..to be continued!!

Thursday, September 8, 2011

Diari Raya lagi

Salam Raya yg belum habis lagi :)


Hari ni dah masuk 11 syawal :) tetap RAYA lagi.Maaf sebab ter-lambat update the entry of my raya's diary :p.Terlampau banyak gambar yang perlu di upload untuk readers blog saya ni.Sesudah ada masa free baru rasa ada mood nk update Diari Raya 2011.


Alhamdulillah Syawal kali ni saya dah jadi aunty kepada 5 orang anak buah.Hebatttt..no no no...good news,new coming baby yang ke 6 tak lama lagi :) wahhh tuanya saya untuk memegang jawatan sebagai aunty kepada 6 kanak-kanak comel.Hee


Di pagi Syawal,ahli keluarga Hasni berkumpul di HOME SWEET HOME kami.Makan-makan,ber-photoshoot & bermaaf-maafan.


[Sesi photoshoot kami]


My sis-in-law both hot MAMA.hee



Keluarga Saya yang tak besar & tak kecil :)

Ada dah babak-babak Drama dari si kecil ni

2nd Day of Syawal

*phone ringing then syazreen on fon said "jom follow aku beraya" :)

lokasi:Natika's villa (Rumah Nadia)


Maaf gambar bila di snap oleh photographer yang belum dapat sijil

OHH tidakk..saya nampak besar sebab ikatan kaftan saya x (diikat mati.HAHA)



Jejaka di sebelah kanan-anje(adik) Syazreen.

Kami memang giler gambar,bukan gambar yang gilakan kami.
(themes=kelantan made Batik)

Haaa ni la size sebenar diri ini.Orang cakap paling tinggi antara yang lain :P

Lokasi:Bella Rais's crips (cewaahh)

7th of Syawal
lokasi:rumah bujang gadis2 uitm Machang
Cuba cari sendiri mana satu si penulis belog yang cuweet tuh.huahua

Member masak punya pasal sanggup aku skip kelas madam..haha

Walaupun byk lagi lokasi beraya tapi tak berphotoshoot so Syazza tak leh nk kongsi pic dengan korang semua.Selamat Hari Raya semua :)

Tuesday, September 6, 2011

Bicara Gadis:Mulut tak nak stop!

Salam gadis :) [lain sikit beri salam]


Raya tak habis-habis lagi,saya pulak dah masuk kandang balik (UiTM Machangster),amat tersentuh di sini.Mentang-mentang dah masuk U,duit raya pun dah tak dapat.Pergi raya rumah sana sini,tuan rumah pandang sebelah mata jew."AKU KECIK LAGI LAA..TAK TENGOK SIZE NI??" (ok x kalau Syazza ckp mcm tu?) memang makan tangan free la.


Stop hal raya....>>kaum mana yang suka bergossip?budak kecik pun tahu jawab soalan ni.Of course la (GADIS/PEREMPUAN/WANITA).Ohoiii,memang favourite orang perempuan la gossip-gossip ni..sokk sehh sokk sehhh.Hee


Sekarang ni bicara untuk gadis-gadis jew,so Syazza guna word GADIS.
Gossip ni ada kebaikan & keburukan.Kalau gossip aib kan orang,Dosa la korang.Tapi ada ke gossip yang baik?dah nama gossip mesti yang buruk-buruk kan?ada sesetengah yang boleh di kategori baik.contoh??ermm pikir sendiri.


Gossip artis tak payah cakap la mmg jadi buah mulut orang.kn kn??siapa yang tak suka gossip artis.Alaa kalau bukan disebabkan gossip,artis-artis tak kan femes pulak.Ye la,disebabkan gossip la nama mereka akan naik sbb orang selalu cakap hal dia.hurmmm,gossip pun boleh buat kau femes.adui..


Ni Syazza sendiri nak share,serius kadang-kadang gossip ni best jugak.HAHA..ala tak kan korang semua tak pernah gossip?kadang-kadang kita tak kenal perangai sebenar orang tu,tapi bila dah bergossip dengan kawan-kawan (maka dgn itu,semua rahsia terbongkar..HAHAHA 8gelak jahat).setuju tak?okey kalau korang nak share gossip papew pun,korang leyh share dgn Syazza :)  [mcm tak de keje lain ajak orang bergossip].


Tapi kalau nak bergossip tu bia lah berpada-pada jangan nak over sgt.Kita pun bukan perfect sangat.Lagi kelakar bila kita tak cakap hal dia ntah tiba-tiba guruh tak ada ribut tak ada,datang nk serang ntah papew.Sodar la diri tu skit *jangan nk perasan,tak malu ke??.


Lagi kelakar bila orang perempuan tengah bergossip sama-sama perempuan,tiba-tiba ada laki muncul dtg nk serang ntah papew.Korang rasa kelakar tak??nak cakap dayus pun ada jugak.Setahu aku la,kalau lelaki ni dia tak suka amik tahu hal perempuan.Lelaki bodoh je la yang suka buat macam tuh.Oppss terkasar sikit bahasa.




Okey,sambung gossip di lain hari ye..HEE.:p

Saturday, September 3, 2011

Alhamdulillah Rezeki Produk

Salam semua :)


Dah lama Syazza tak update tentang produk kecantikan kn?
Alhamdulillah,ada good news for all.Produk Chahaya Skincare Sis-in-law Syazza baru-baru ni dah dapat kelulusan KKM,telah selamat menjalankan ujian klinikal.Ini bermakna produk ini selamat dipakai & dijual.Alhamdulillah setelah sekian lama Sis-in-law Syazza berusaha mengembangkan perniagaan produk ini.Dealer-dealer pun dah bertambah hampir seluruh negeri.


Untuk mengetahui maklumat-maklumat dealer produk ini boleh lah view kisahlynna.blogspot.com atau sesiapa yang berada di Kelantan boleh hubungi Syazza.


Syazza pun cukup gembira bila ada 4 customer tetap yang selalu berhubung dengan Syazza untuk mendapatkan produk ini.Baru-baru ini,walaupun sibuk Beraya,customer pun ada yang contact untuk dapatkan produk ini.Alhamdulillah    akak senior yang sekarang study di UiTM shah alam dah 3kali beli produk ni dengan Syazza.Ada perubahan di muka Kak Min :)


Perkenalkan pengasas produk Chahaya Beauty Aura sebelah kanan Maridana (Kak Ida) 
tengah Lynna (Kak Lyna) yang juga mengembangkan perniagaan produk ini.
Dan Syazza (saya sendiri) yang baru menceburi dalam perniagaan produk ini.


Rupa baru produk Chahaya Beauty
gambar di atas ialah toner

Sabun pencuci & krim pencerah
1set produk Rm85 
Krim pencerah-rm35
Sabun pencuci-rm20
toner-rm30

Kami sediakan perkhidmatan pos untuk sesiapa yang berada luar dari Kelantan.Rm85 tidak termasuk pos.

Gambar testimoni customer Kak Lyna dari Johor

Untuk dapatkan produk ini,boleh inbox dalam FB saya (Syazza Sahira) atau komen di bawah :)

Thursday, September 1, 2011

Suka tampal-tampal benda pelik di muka

Raya raya jugak,kena la lawa-lawa kan?berseri-seri,pakai baju vogue sambil menunjuk-nunjuk.(haha gurau je).Syazza nak kongsi cara Syazza makeup di Hari Lebaran :)


Syazza bukannya pandai make up semua ni.Just simple sekadar tampal-tampal kat muka tu boleh la.Orang tua selalu cakap,jangan make up masa muda-muda nanti muka tak ceria bila dah kawin.Tapi itu hanya kata-kata,gadis-gadis sekarang mana nk jumpa yang tak make up.Ada pun,jarang sangat.


with a red lipstik

1.base colour cream
2.nice brown eyeshadow
3.Dark brown eyeshadow 
4.last with black eyeshadow
5.liquid eyeliner
6.mascara
7.blusher
8.lipstik
DONE :)

100 % tanpa make up


Alhamdulillah selepas pakai produk muka Chahaya Aura,muka Syazza dah tak seteruk dulu.Kalau sesiapa yang mengenali Syazza zaman sekolah dulu,memang terkejut tengok muka Syazza.apa masalah muka??Syazza mengalami masalah kulit (jerawat & berminyak).
Selepas pakai produk Sis in law ni,dah tak risau lagi nak make up :)

Wednesday, August 31, 2011

Selamat Hari Raya:Bongkar rahsia baju Syazza

Salam semua,Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.Sape-sape yang tgh diet tuh dah2 la,hapuskan niat suci anda tu.Time Raya ni lah kita nk makan free banyak-banyak.Hee


Bulan Ramadhan yang lepas saya ada janji nk tunjuk korang semua baju raya Syazza kan??okey,disebabkan kita dah Raya..


Tak seperti yang sebelum ni.Tahun ni colour baju x ceria sangat.Lagi pun ni baju bli kat butik member cuma Syazza meriahkan lagi dengan jahitan manik.

for 2nd day Raya i'm wearing Batik Kaftan ready made.:)
Last minute beli kaftan ni sebab tahun ni tak sempat nk tempah baju.
Dengan masa yang ada,bawa mama ke Bazar di area KB then jumpa kedai batik terus serbu.

Ada apa-apa komen??sila komen di bawah okey :) terima kasih sebab sudi view belog ni.Happy Eid

Monday, August 29, 2011

Manik Busana Raya 2011

Salam semua & alhamdulillah hari ni kita sudah masuk bulan Syawal..Raya!!Raya!! Korang semua dah ada baju raya belum?mesti ogue-ogue kan?jeles -_- sebelum terlambat,Syazza nk ucapkan SELAMAT HARI RAYA & MERDEKA.wahh,1st time kan raikan 2 perayaan.


Setelah berpenat & menghitamkan bawah mata ( tak cukup tidur),akhirnya semua siap dengan baiknya.apa??manik la apa lagi.Alhamdulillah baju sendiri pun dah siap.:)


Tapi hr ni pun ada permintaan lagi untuk jahit manik,memang terkejut gilerr dah takut tak sempat tapi sedara punya hal aku sanggup,lagi pun sikit jew jahit manik.Nasib baik :)


Disebabkan hari ni dah masuk syawal,so Syazza akan tunjuk beberapa gambar Baju raya yang telah dijahit manik.Baju Syazza??ermm korang tunggu yew..


Baju sista in law.Hot tak baju ni?hoho harga upahnya pun lumayan
Syazza just jahit lace di dada & tampal berlian kat bawah tu.
Sekarang ni dah trend tampal diamond tu.

Suppose dijahit manik atas lace pink tu tapi sbb tak cukup masa,just sempat tampal diamond.Diamond ni ada pelbagai jenis & harganya juga berlainan
Untuk diamond biasa size kecik 100 biji - rm8 
berlian swarovski -lebih kurang rm 80 dan ke atas.
Untuk baju ni,campur diamond swarovski & biasa.
(bankrup mak oi letak 1 baju berlian swarovski)

Jahitan mani dari saya hanya di tangan sahaja..:)
Busana from Vietnam yang ala-ala dress jugak.
untuk manik kristal di tangan sahaja ni -rm40

Ada yang berkenan??tunggu raya tahun depan yew.insyaallah untuk tempahan jahitan manik untuk raya tahun depan Syazza buat yang lagi terbaik okey :)

Saturday, August 27, 2011

PRE-RAYA PHOTO

Hanya berapa hari lagi menjelang Hari Raya dengan itu KAMI ber-photoshoot di STUDIO PUQO.


Busana-busana yang kami pakai ni adalah koleksi peribadi.(bukan baju raya taw)..Baju Raya masih dirahsiakan.






























Gambar Pre-Raya Kami yang akan selalu diingatanku :)
Maaf,walaupun ada sesetengah gambar amat melucukan.hEHE